Thursday, August 25, 2011

Majlis Berbuka Puasa Pengakap Pendang 2011/1432H

Persekutuan Pengakap Pendang telah mengadakan majlis berbuka puasa pada 24 Ogos 2011 di Dewan SMK Ayer Puteh Dalam,Pendang.Majils tahunan itu diadakan untuk meraikan Pengetua/Guru Besar,guru-guru pemimpin dan ahli-ahli pengakap Daerah Pendang yang telah banyak menyumbangkan tenaga bagi menjayakan pelbagai program pengakap samada di peringkat daerah,negeri dan kebangsaan.
Di majlis itu juga,Pengakap Pendang telah memberi sumbangan kepada ahli-ahli pengakap di kalangan keluarga yang berpendapatan rendah.

Lihat gambar-gambar  DI SINI

No comments:

Post a Comment