Sunday, November 7, 2010

BUKU SKIM LATIHAN PENGAKAP TERBARU







Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) telah menerbitkan Buku Skim Latihan yang baru. Ianya dilancarkan hampir sebulan yang lalu. Terdiri dari tiga buah buku iaitu Skim Latihan Pengakap Kanak-Kanank,Skim Latihan Pengakap Muda dan Skim Latihan Pengakap Remaja. Buku ini boleh diperolehi di Ibu Pejabat PPM Kuala Lumpur dengan menghubungi :

MYSCOUT SHOP ( 03 20322351 / 012 21660361)

Atau pun menghubungi Pesuruhjaya Pengakap Daerah Pendang , Encik Azizan Othman (019 5929190) untuk mendapat salinan buku tersebut.






Monday, October 11, 2010

Program Pek Bercuti 2010

Tarikh : 28 Oktober 2010
Semua peserta yang terlibat dikehendaki berkumpul di hadapan Stesen Minyak Petronas Pendang jam 5.30 pagi. Peserta akan dibawa dengan bas ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas sebelum berlepas ke Kuala Lumpur dengan penerbangan Air Asia jam 8.35 pagi. Semua peserta dikehendaki beruniform lengkap, hanya membawa beg sandang. Peserta dijangka tiba balik di Pendang jam 1.00 pagi, 29 Okt. Maklumat lanjut akan dimaklum kemudian.

Saturday, October 2, 2010

15 TERIMA ANUGERAH PENGAKAP RAJA 2010




Seramai 15 orang ahli pengakap Pendang telah dianugerahkan Sijil Pengakap Raja tahun ini.Majlis disempurnakan oleh Tuanku Sultan Kedah di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit.Mereka adalah ahli pengakap yang lulus ujian pada tahun 2009 dan tahun 2010. Persekutuan Pengakap Pendang mengucapkan tahniah dan peliharalah tingkah laku anda selaku pemegang anugerah tertinggi dalam pergerakan pengakap di negara ini.











Wednesday, September 15, 2010

MAJLIS ANUGERAH SIJIL PENGAKAP RAJA


Tarikh : 29 September 2010 ,8.30 pagi ( Lapor Diri/Raptai )
Tempat : Kompleks Belia Negeri,Jln Stadium,Alor Setar.

Tarikh : 30 September 2010 ( Istiadat Penganugerahan)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Istana Anak Bukit.

Bayaran : RM50.00 seorang


Semua calon yang telah lulus Ujian Pentarafan diminta membuat persediaan untuk hadir ke majlis tersebut. Sila pastikan setiap calon mempunyai uniform yang lengkap, berambut pendek, dan penampilan sesuai sebagai seorang Pengakap Raja.Calon yang tidak memenuhi kriteria tersebut tidak dibenarkan menyertai majlis tersebut.

Waris kepada penerima anugerah juga dipohon kerjasama agar mematuhi garis panduan berpakaian seperti yang dinyatakan melalui surat edaran/kad jemputan. Kegagalan berbuat demikian menyebabkan para waris dilarang memasuki Balai Rong Seri.

Maklumat lanjut, sila email ke pengakappendang@gmail.com

Thursday, September 9, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI



DARIPADA MAJLIS PENGAKAP DAERAH PENDANG
MAJLIS PESURUHJAYA PENGAKAP PENDANG
GURU-GURU PEMIMPIN PENGAKAP
AHLI-AHLI PENGAKAP
Maaf Zahir Batin

Monday, September 6, 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA PENGAKAP PENDANG


Majlis Pengakap Daerah Pendang dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Pendang telah mengadakan majlis berbuka puasa pada 28 Ogos 2010 yang lalu di Dewan Terbuka,SMK Ayer Puteh Dalam. Seramai 70 orang jemputan telah hadir memenuhi dewan. Jemputan terdiri dari guru-guru pemimpin pengakap Pendang dan AJK Majlis Belia Daerah Pendang.

Pada majlis yang sama,Pengakap Pendang telah menghulurkan sumbangan berbentuk barangan keperluan harian kepada 11 orang ahli pengakap. Mereka hadir bersama keluarga. Pesuruhjaya Pengakap Pendang , Encik Azizan Othman telah menyampaikan sumbangan tersebut.

Friday, September 3, 2010

PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP

SEMUA GURU PEMIMPIN , POHON KERJASAMA UNTUK MEMASTIKAN AHLI PENGAKAP MEMAKAI UNIFORM DENGAN TEPAT SEPERTI YANG SEDANG DIGUNAPAKAI OLEH PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA SEKARANG.

SILA LAYARI LAMAN SESAWANG DI BAWAH UNTUK MELIHAT KAEDAH PEMAKAIAN UNIFORM YANG TEPAT :

http://www.scoutkn.org/log/gg/2010/pakai/pakaian.htm

BINTANG DAN PINGAT PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA


Setiap tahun Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) akan menganugerahkan bintang dan pingat PPM kepada ahli pengakap terutamanya kepada barisan kepimpinan pengakap di peringkat negeri dan daerah.

Daerah Pendang juga tidak ketinggalan.Ramai pemimpin pengakap daerah Pendang telah dianugerahkan bintang dan pingat PPM seperti Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara (SKKPN),Pingat Perkhidmatan Baik (PPB),Pingat Perkhidmatan Setia (PPS),Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) dan Pingat Perkhidmatan Lama (PPL).

Untuk melihat senarai lengkap Pingat dan Bintang PPM sila layari :



http://www.scoutkn.org/log/pro/bin.htm

Saturday, August 28, 2010

MAJLIS TILAWAH AL QURAN MAJLIS PENGAKAP KEDAH KALI KE-16 2010



Pengakap Pendang akan menghantar peserta ke Majlis Tilawah Al Quran Majlis Pengakap Negeri Kedah Peringkat Negeri Kali Ke-16 yang akan diadakan pada 1 hingga 3 September 2010 di Pusat Latihan KEDA,Sik . Dua orang ahli pengakap itu akan mewakili daerah bagi kategori Pengakap Muda Remaja (Qari dan Qariah).

Johan qari dan qariah peringkat negeri akan mewakili negeri Kedah ke Tilawah Peringkat Kebangsaan yang diadakan pada 2 dan 3 September 2010 iaitu sebaik sahaja tamat tilawah peringkat negeri.

Perasmian pembukaan akan dilakukan oleh Pengerusi KEDA,Dato' Paduka Ahmad Bashah , sementara majlis penutup akan disempurnakan oleh YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Kol.Dato' Seri Jamil Khir Baharom.

Ahli-ahli pengakap yang mempunyai masa di jemput ke acara tersebut. Majlis akan diserikan lagi dengan beberapa acara selingan seperti persembahan nasyid dari Kolej Universiti Insanniah.

MAJLIS BERBUKA PUASA PENGAKAP PENDANG

Pengakap Pendang akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa pada tarikh seperti di bawah:

Tarikh : 28 Ogos 2010 (Sabtu)
Tempat : Dewan Terbuka,SMK Ayer Puteh Dalam.
Masa : Mulai jam 6.00 petang

Semua guru pemimpin dan ahli pengakap Pendang dijemput.

Tuesday, August 10, 2010

GAMBAR-GAMBAR KONTINJEN PENDANG DI JAMBORI PENGAKAP KEDAH 2010


Pesuruhjaya Pengakap Pendang,Azizan Othman (kanan sekali)
bergambar bersama Pengarah Pelajaran Kedah.Turut bersama
ialah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Kedah,Ismail Ku Ishak (dua
dari kanan),Pesuruhjaya Ibu Pejabat,Abd Samad Abd Hakim dan
Pesuruhjaya Daerah Baling ,Idris Said.

(Lihat facebook Pengakap Pendang untuk banyak lagi foto)


Pengarah Pelajaran Kedah,Tuan Hj Shahidan Abd Rahman sedang beramah mesra dengan kontinjen Pendang.







Tuan Pengarah Pelajaran Kedah tertarik dengan tanda nama yang dipakai oleh Mohd Fakhrul Radzi yang baru balik dari menyertai Jambori Sempadan Malaysia-Thai di Satun,Thailand.







Pengakap SMK Pendang dan seorang pengakap SMKAPD bergambar kenangan.







Team tukang masak bertungkus lumus menyediakan juadah
untuk semua peserta.







Tiga pengakap pendidikan khas bersama guru penasihat Encik Helmi Ahmad di jambori .








Menunggu ketibaan Tuan Pengarah Pelajaran .







Pasukan Kawad Pengakap Pendang sedang mengambil bahagian.
Pendang muncul Naib Johan pertandingan kawad. Pasukan ini
diwakili pengakap SMK Tokai.






Pemandangan kem Pendang di waktu malam








Pengakap Pendidikan Khas SMKAPD sedang mengambil bahagian
di jambori.






SEKITAR JAMBORI PENGAKAP NEGERI KEDAH 2010







Seramai 90 Pengakap Pendang telah menyertai Jambori Pengakap Negeri Kedah Kali Ke-2 dan Jamboree On The Air (JOTA) Asia Pasifik Region di Pusat Perkhemahan Unit Beruniform Negeri Kedah,SK Padang Chicak,Jeneri,Sik.Kontinjen Pendang diketuai oleh Pesuruhjaya Pengakap Pendang,Encik Azizan Othman.

Pendang muncul Johan Pertandingan Menjejak,Naib Johan Pertandingan Kawad Kaki dan tempat ketiga pertandingan Masakan Rimba (Backwoods). Semua peserta menerima Sijil Pemenang,Sijil Penyertaan dan Sijil JOTA.

Pengarah Pelajaran Negeri Kedah, Shahidan Abd Rahman telah melapangkan masa untuk melawat kem Pendang bersama Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kedah,Ismail Ku Ishak dan tetamu-tetamu utama yang lain.

Thursday, July 29, 2010

JAMBORI PENGAKAP NEGERI KEDAH DAN JOTA ASIA PASIFIK 2010

Pohon kerjasama pemimpin kumpulan, sila hantar senarai nama peserta jambori pengakap kedah dengan segera melalui email, pengakappendang@gmail.com bagi melicinkan urusan pentadbiran.
Terima kasih.

Monday, July 19, 2010

JAMBORI SEMPADAN MALAYSIA-THAILAND KALI KE-6 2010



Seramai 9 orang ahli pengakap Pendang akan berlepas ke Satun,Thailand untuk menyertai Jambori Sempadan Malaysia-Thailand 2010 mulai 20 hingga 27 Julai 2010 di Pakbang Scout Camp,Wilayah Langu,Satun,Thailand. Mereka terdiri dari 4 orang dari SMK Ayer Puteh Dalam,4 SMK Pendang dan seorang dari SMK Tanah Merah.

Thursday, July 15, 2010

Aktiviti Sepanjang Jambori Pengakap Kedah 2010

Aktiviti pengkalan yang akan disediakan ialah :
1. Flying Fox
2. JOTA
3. Perkhidmatan/Gotong Royong
4. Sukan Pengakap
5. Pertolongan Cemas
6. Tayangan Filem Aktiviti Pengakap
7. Berhalangan
8. Kraf tangan
9. Permainan Tradisional
10. Permainan Kim
Aktiviti Pertandingan
1. Pertandingan yang akan diadakan ialah :
A. Pengakap Kanak-Kanak
1. Pertandingan Kebudayaan - Nyanyian Solo Lagu Patriotik
2. Pertandingan Tarian Kebudayaan Nasional
3. Pertandingan Kawad
4. Pertandingan Kraftangan
5. Pertandingan Memasak (Mi Segera)
6. Pertandingan Membuat Gadget (Rak Kasut)
7. Pertandingan Mewarna (Terbuka)
8. Pertandingan Menjejak
B. Pengakap Muda/Remaja
1. Pertandingan Nyanyian Solo Lagu Patriotik
2. Pertandingan Tarian Kebudayaan Nasional
3. Pertandingan Kawad
4. Pertandingan Mendirikan Khemah (Jenis A)
5. Pertandingan Memasak – Nasi Beriani
6. Pertandingan Membuat Gadget – Pelantar Dapur
7. Pertandingan Memasak backwoods
8. Pertandingan Menjejak
C. Pertandingan Perkhemahan
1. Taraf Perkhemahan (Kontingen)
2. Pintu Gerbang
3. Projek Pioneering – Menara Kawalan
c

JAMBORI PENGAKAP NEGERI KEDAH DAN JOTA ASIA PASIFIK 2010

TARIKH : 6 - 9 OGOS 2010
TEMPAT : Pusat Perkhemahan Unit Uniform N.Kedah
SK. Padang Chicak, Sik, Kedah.
PENYERTAAN : 40 PKK DAN 40 PM/PR yang berdaftar sahaja.
BAYARAN PENYERTAAN :RM40.00 seorang

Maklumat lanjut akan dimaklumkan dalam mesyuarat pemimpin yang akan diadakan dalam tempoh masa terdekat.

Sunday, June 27, 2010

KAD KEAHLIAN 2010

Kumpulan yang telah mendaftar boleh mendapatkan Kad Keahlian mulai sekarang daripada En Azizan Othman. Sila hubungi 019 592 9190 untuk maklumat lanjut.

Friday, June 11, 2010

SEKITAR KEM PENTARAFAN PENGAKAP RAJA SIRI 1 2010











Daerah Pendang dipilih sebagai tuan rumah Kem Pentarafan Pengakap Raja Siri 1 2010.Program tersebut telah diadakan di Pusat Kokurikulum Daerah Pendang,Sg Tiang dari 9 hingga 11 Jun 2010. Seramai 36 orang peserta terlibat dari dua daerah sahaja iaitu Pendang dan Kota Setar.
Encik Osman Chain bertindak sebagai Ketua Perkhemahan dan dibantu oleh 6 orang pentaraf dan 4 orang penguji.

Saturday, May 15, 2010

LOGO JAMBORI BUDAYA SERUMPUN MALAYSIA-INDONESIA 2010


JAMBORI 1 MALAYSIA 1 BELIA




Seramai 81 orang ahli pengakap dan 8 orang pemimpin Pengakap Daerah Pendang menyertai Jambori 1 Malaysia 1 Belia sempena Sambutan Hari Belia Peringkat Kebangsaan di Putrajaya mulai 14 hingga 16 Mei 2010. Kontinjen Pendang di ketuai oleh , Penolong Pesuruhjaya Daerah (Pentadbiran),Encik Azizan Othman.


Kontinjen berlepas dengan menggunakan dua buah bas sewa khas dari SMK Pendang.


Tuesday, May 11, 2010

ATURCARA JAMBORI 1MALAYSIA 1BELIA 2010







TAHNIAH PENGAKAP PENDANG

Sekalung tahniah kepada ahli pengakap Pendang yang menyertai lawatan sehari ke ~Rover Moot' Antarabangsa 2010 yang diadakan di Pantai Merdeka pada 10 Mei 2010 yang lalu. Peserta Pendang mencecah hampir 400 orang yang diiringi oleh 12 guru pemimpin yang diketuai oleh Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah , Encik Azizan Othman.
Pengakap Pendang semakin aktif menyertai pelbagai aktiviti samada di peringkat daerah,negeri ataupun peringkat kebangsaan.

JAMBOREE ON THE AIR (JOTA) 2010

AHLI PENGAKAP DAERAH PENDANG DIJEMPUT UNTUK MENYERTAI JAMBOREE ON THE AIR (JOTA) 2010 YANG AKAN DIADAKAN PADA TARIKH SEPERTI DI BAWAH:

TARIKH : 15 MEI 2010
TEMPAT: PUSAT KOKURIKULUM DAERAH KOTA SETAR,KUALA SALA
MASA : 8.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG
YURAN PENDAFTARAN : RM5.00

PESERTA YANG BERJAYA MENGHABISKAN AKTIVITI YANG DISEDIAKAN AKAN DIBERI SIJIL PENYERTAAN.
URUSAN PENYERTAAN ADALAH DIBAWAH SEKOLAH ATAU KUMPULAN MASING-MASING.

MUAT TURUN SURAT DAN BORANG PENYERTAAN: PORTAL PENDIDIKAN PPD PENDANG.

Sunday, May 9, 2010

PENDANG HANTAR 360 AHLI KE `ROVER MOOT' ANTARABANGSA 2010



Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Pendang akan menghantar seramai 360 ahli ke `Rover Moot' Antarabangsa 2010 di Pantai Merdeka pada 10 Mei 2010. Program lawatan sehari itu adalah sebagai tanda sokongan kuat terhadap program berkenaan.
Pesuruhjaya Pengakap Pendang,Abd Samad Abd Hakim,berkata, lapan buah bas akan membawa ahli pengakap ke acara itu dengan 21 orang guru pemimpin. Ahli pengakap akan berada selama sehari suntuk untuk mengikuti pelbagai acara yang diadakan.

Thursday, April 8, 2010

JAMBORI PENGAKAP 1 BELIA 1 MALAYSIA,

TARIKH : 14 HINGGA 16 MEI 2010
TEMPAT : WETLAND, PUTRAJAYA
PENYERTAAN : PENGAKAP MUDA/REMAJA/KELANA
BAYARAN : RM80.00 SEORANG (anggaran);
Penyertaan adalah terhad.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi En Abd Samad Abd Hakim (019 4770621) atau En Azizan Othman (019 4443676)

PENYERTAAN KEM UJIAN LENCANA PKK

Tuesday, April 6, 2010

TERKINI:KEM UJIAN LENCANA;
Keperluan Peserta:
Uniform Lengkap
Pakaian Harian
Sejadah/Telekung (p)
Buku Log
Alat Tulis
Kasut/Seliper
Alat Persucian Diri
Ubat*
Makanan Kering/minuman*
Selimut
Lampu Suluh
_____________________
Peserta akan tidur di dlm bilik asrama
Aktiviti akan dikendalikan oleh Unit Program PPM Daerah
Pemimpin dikehendaki berada di Kem secara bergilir sepanjang masa(Jadual bertugas akan disediakan)
Peserta akan dibimbing dan seterusnya diuji.

Monday, April 5, 2010

KEM UJIAN LENCANA PENGAKAP (PKK)DAERAH PENDANG;
TARIKH : 8-10 APRIL 2010
MASA : 09.30 PG/08.04.2010 (PENDAFTARAN)
11.00 PG/10.04.2010 (PENUTUP)
TEMPAT : PUSAT KOKURIKULUM DAERAH,SG TIANG.
BAYARAN : RM 25.00 / SEORANG PESERTA (MAKAN/MINUM, SIJIL,LENCANA,PENGINAPAN)
PENYERTAAN: 5 ORANG/SEKOLAH.
POHON KERJASAMA PIHAK SEKOLAH UNTUK MENGHANTAR MAKLUMAT PENYERTAAN (NAMA PENUH, NO.S/BERANAK, JANTINA) DLM FORMAT EXCEL KE EMAIL pengakappendang@gmail.com PADA @ SEBELUM 07.04.2010
PIHAK SEKOLAH JUGA DIPOHON MENGURUSKAN SURAT KEBENARAN WARIS.
PERTANYAAN:EN AZIZAN OTHMAN, 019 4443676.

Tuesday, March 23, 2010

Kumpulan berdaftar sehingga 22.03.2010

Berikut adalah senarai sekolah/kumpulan yang mendaftar (Berhuruf tebal) pada 22.03.2010. Kumpulan yang belum mendaftar dipohon mengambil tindakan segera.

BIL

NAMA SEKOLAH

KUMP.

NO. DAFTAR

1

MRSM

48

9551

2

SEK MODEL KHAS BUKIT JENUN

05

7079

3

SJK(C) KOU HUA



4

SJK(C) JUNUN

44

9175

5

SK ALOR BESAR

43

9197

6

SK AYER PUTEH

27

7597

7

SK BENDANG RAJA

38

7864

8

SK BKT CHORAS

39

5051

9

SK BKT RAYA DALAM

08

5725

10

SK BUKIT GENTING

28

8150

11

SK BUKIT JAMBUL

24

7394

12

SK BUKIT JENUN

25

7596

13

SK CHAROK KUDONG

16

6948

14

SK GUAR KEPAYANG

09

4558

15

SK HAJI ABDUL RAHMAN

18

7093

16

SK HAJI MAT DAHAN

12

6172

17

SK HJ MOHAMAD ARIFF

42

8967

18

SK HUJUNG KETON

36

7862

19

SK KAMPONG BARU

14

6448

20

SK KAMPUNG PULAI TOKAI

37

7863

21

SK KG CHEGAR

29

7598

22

SK KG RAMBAI

20

7081

23

SK KUALA RIMAU

35

7846

24

SK KUBOR PANJANG

10

5724

25

SK PADANG DURIAN

31

7697

26

SK PADANG PUSING

15

5728

27

SK PAYA MAK INSUN

41

8656

28

SK PAYA MENGKUANG

33

6849

29

SK PAYA RAWA

34

7845

30

SK PENDANG

11

4559

31

SK PENGHULU JUSOH

19

7180

32

SK POKOK ASAM

21

7224

33

SK POKOK TAI

23

7425

34

SK SUNGAI SIPUT

32

7748

35

SK SUNGAI TIANG

13

4561

36

SK TANAH MERAH

17

6949

37

SM TEKNIK PENDANG



38

SMK AYER PUTEH DALAM

03

6167

39

SMK KUBOR PANJANG

04

5724

40

SMK PENDANG

01

5721

41

SMK SUNGAI TIANG

06

4563

42

SMK SYED IBRAHIM

07

7094

43

SMK TANAH MERAH

02

6240

44

SMK TOBIAR

45


45

SMK TOKAI

30

7680

46

SMK TUNKU TEMENGGUNG

46

9196

47

SRJ(C) YEANG CHENG

40

8109

48

SRJK(C) BOON TEIK

22

4342

49

SRJK(T) LADANG BUKIT JENUN

47

9568

50

SMA ALABIDIN



51

MAKTAB MAHMUD