Thursday, December 8, 2011

AL FATIHAH........

Al Fatihah...buat arwah Helmi Ahmad
Penolong Pesuruhjaya Daerah Pendang (Tugas-Tugas Khas)
Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Monday, November 28, 2011

Saturday, November 19, 2011

PERASMIAN JAMBORI PENGAKAP KEBANGSAAN 2011

SPB Yang Di Pertuan Agung ,Tuanku Mizan telah hadir mencemar duli untuk merasmikan Jambori Pengakap Kebangsaan Kali Ke-12 Tahun 2011 di Kem Pengakap Telaga Batin,Seberang Takir,Kuala Terengganu pada 18 November 2011.
Daerah Pendang telah menghantar 30 peserta dan 12 orang guru pengiring ke acara terbesar pengakap peringkat kebangsaan tersebut.Semua negeri-negeri menyertai jambori tersebut.12 buah negara luar turut dijemput untuk memeriahkan acara.

Saturday, November 12, 2011

JAMBORI PENGAKAP MALAYSIA 2011

Lihat gambar-gambar Tapak Jambori Pengakap Malaysia Kali Ke-12 Tahun 2011 .
Klik DI SINI atau DI SANA

Thursday, August 25, 2011

Majlis Berbuka Puasa Pengakap Pendang 2011/1432H

Persekutuan Pengakap Pendang telah mengadakan majlis berbuka puasa pada 24 Ogos 2011 di Dewan SMK Ayer Puteh Dalam,Pendang.Majils tahunan itu diadakan untuk meraikan Pengetua/Guru Besar,guru-guru pemimpin dan ahli-ahli pengakap Daerah Pendang yang telah banyak menyumbangkan tenaga bagi menjayakan pelbagai program pengakap samada di peringkat daerah,negeri dan kebangsaan.
Di majlis itu juga,Pengakap Pendang telah memberi sumbangan kepada ahli-ahli pengakap di kalangan keluarga yang berpendapatan rendah.

Lihat gambar-gambar  DI SINI

Wednesday, August 17, 2011

Mesyuarat Penyelarasan Kontinjen Pendang ke Jambori Pengakap Kebangsaan Terengganu 2011

Tarikh : 18 Ogos 2011 (Khamis) Tempat : PKG Pendang   Masa : 10.00 pagi
Senarai ahli mesyuarat :
1. Azizan Othman (SKPP)
2.Abd Samad Abd Hakim (SMKAPD)
3.Fairul Amri Ari (SMKAPD)
4.Zulkifli Majid (SMKBJ)
5.Abdullah Hassan (SMKP)
6.Shamsul Abd Rahman (SMKP)
7.Haridan Yob (SMKTokai)
8.Helmi Ahmad (SMKTobiar)
9.Rohaiza Ahmad (SKBG)
10.Rohaya Abd Kadir (SMKTM)
11.Nor Azam Idrus (SKGK)
12.Sofi Saad (SKP)
13. Azman Ahmad (SMKTT)

Harap maklum. 

Thursday, August 11, 2011

PROGRAM PEK BERCUTI

Pengakap Pendang akan menganjurkan Program PEK Bercuti pada 28 hingga 30 September 2011 ke Kuala Lumpur dan Melaka.Penyertaan terbuka hanya untuk ahli Pengakap Kanak-Kanak yang berdaftar secara sah dengan Persektuan Pengakap Malaysia.Sekolah-sekolah yang berminat untuk menghantar peserta / ahli pengakap untuk program ini boleh berhubung dengan Encik Itam Sabu , Penolong Pesuruhjaya Daerah Unit Program di talian 019 4708535 sebelum atau pada 15 September 2011.
Harap maklum. 

Wednesday, August 10, 2011

Monday, May 23, 2011

JAMBORI PENGAKAP MALAYSIA KE - 12 TAHUN 2011 TERENGGANU


1.   TARIKH
19 – 25 November 2011  
2.  TEMPAT
Kem Pengakap Telaga Batin, Kuala Terengganu, Terengganu
3.  SASARAN
Pemimpin dan ahli Pengakap Muda, Remaja dan Kelana
4.  KELAYAKAN
·         Ahli Pengakap yang berdaftar pada tahun 2011
·         Sihat tubuh badan
·         Kepada semua ahli Pengakap Unit Muda, Remaja dan Kelana mengikut pecahan kuota daerah yang telah ditetapkan
·         Mendapat kebenaran waris untuk menyertainya
5. bayaran pendaftaran adalah seperti berikut:
                   Pendaftaran Penyertaan Jambori               RM  80.00
                   Makan dan minum                                     RM  80.00
                   Pengangkutan                                            RM  50.00
                   JUMLAH                                                     RM210.00

Tarikh penyerahan borang pendaftaran daripada daerah kepada urus setia Kontinjen Pengakap Negeri Kedah adalah pada 30 JUN 2011

Untuk maklumat lanjut,hubungi : Encik Azizan Othman (Pesuruhjaya Pengakap Daerah Pendang ) - 019 5929190