Tuesday, August 4, 2009

ISTIADAT PENGANUGERAHAN SIJIL PENGAKAP RAJA NEGERI KEDAH 2009


Seramai 94 orang ahli pengakap remaja akan dianugerahkan sijil pengakap raja pada istiadat yang akan diadakan di Balai Penghadapan,Istana Anak Bukit pada 13 Ogos 2009. Majlis itu akan disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah.
Kepimpinan Pengakap Pendang dijemput untuk menghadiri acara gilang gemilang itu.Surat jemputan boleh dimuat turun di portal PPD Pendang.
Tahniah.

JAMBORI SEMPADAN MALAYSIA-THAILAND SATUN 2009

Penyertaan pengakap Pendang dan Kedah ke Jambori Sempadan Malaysia-Thailand menghadapi pelbagai rintangan. Ekoran penularan wabak HINI , ramai peserta tidak mendapat kebenaran dari waris untuk menyertai jambori tersebut.Kebimbangan ibubapa semakin kuat apabila wabak itu semakin serius dan sudah mencatatkan 8 kematian ( sehingga 4 Ogos 2009).
Begitu juga peserta dari Daerah Pendang, 3 peserta dalam senarai awal untuk ke sana tidak mendapat keizinan dari waris. Akhirnya,hanya 4 peserta dari daerah Pendang akan menyertai jambori tersebut yang akan berlangsung dari 8 hingga 13 Ogos 2009. Mereka ialah Mohd Nabil Abd Halim (SMKAPD),Nur Safawati Abd Razak (SMKAPD) , Kamariah Md Noor (SMKAPD) dan Suhaila Shafie (SMKTM).
Mereka akan berlepas ke Pusat Kokurikulum Negeri Perlis pada 5 Ogos 2009 untuk menjalani latihan pusat bersama kontinjen negeri Perlis,Pulau Pinang,Perak,Kelantan,Terengganu dan Selangor.Mereka akan memasuki Negara Thailand pada 8 Ogos 2009 dan kembali ke tanah air pada 13 Ogos 2009.
Kita mendoakan semua ahli pengakap kontinjen Kedah akan selamat sepanjang berada di Satun.