Monday, October 11, 2010

Program Pek Bercuti 2010

Tarikh : 28 Oktober 2010
Semua peserta yang terlibat dikehendaki berkumpul di hadapan Stesen Minyak Petronas Pendang jam 5.30 pagi. Peserta akan dibawa dengan bas ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas sebelum berlepas ke Kuala Lumpur dengan penerbangan Air Asia jam 8.35 pagi. Semua peserta dikehendaki beruniform lengkap, hanya membawa beg sandang. Peserta dijangka tiba balik di Pendang jam 1.00 pagi, 29 Okt. Maklumat lanjut akan dimaklum kemudian.

Saturday, October 2, 2010

15 TERIMA ANUGERAH PENGAKAP RAJA 2010




Seramai 15 orang ahli pengakap Pendang telah dianugerahkan Sijil Pengakap Raja tahun ini.Majlis disempurnakan oleh Tuanku Sultan Kedah di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit.Mereka adalah ahli pengakap yang lulus ujian pada tahun 2009 dan tahun 2010. Persekutuan Pengakap Pendang mengucapkan tahniah dan peliharalah tingkah laku anda selaku pemegang anugerah tertinggi dalam pergerakan pengakap di negara ini.