Tuesday, August 4, 2009

JAMBORI SEMPADAN MALAYSIA-THAILAND SATUN 2009

Penyertaan pengakap Pendang dan Kedah ke Jambori Sempadan Malaysia-Thailand menghadapi pelbagai rintangan. Ekoran penularan wabak HINI , ramai peserta tidak mendapat kebenaran dari waris untuk menyertai jambori tersebut.Kebimbangan ibubapa semakin kuat apabila wabak itu semakin serius dan sudah mencatatkan 8 kematian ( sehingga 4 Ogos 2009).
Begitu juga peserta dari Daerah Pendang, 3 peserta dalam senarai awal untuk ke sana tidak mendapat keizinan dari waris. Akhirnya,hanya 4 peserta dari daerah Pendang akan menyertai jambori tersebut yang akan berlangsung dari 8 hingga 13 Ogos 2009. Mereka ialah Mohd Nabil Abd Halim (SMKAPD),Nur Safawati Abd Razak (SMKAPD) , Kamariah Md Noor (SMKAPD) dan Suhaila Shafie (SMKTM).
Mereka akan berlepas ke Pusat Kokurikulum Negeri Perlis pada 5 Ogos 2009 untuk menjalani latihan pusat bersama kontinjen negeri Perlis,Pulau Pinang,Perak,Kelantan,Terengganu dan Selangor.Mereka akan memasuki Negara Thailand pada 8 Ogos 2009 dan kembali ke tanah air pada 13 Ogos 2009.
Kita mendoakan semua ahli pengakap kontinjen Kedah akan selamat sepanjang berada di Satun.

No comments:

Post a Comment