Thursday, November 12, 2009

MESYUARAT AGUNG MAJLIS BELIA DAERAH PENDANG 2009


Majlis Belia Daerah Pendang (MBDP) akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan pada Jumaat 13 November 2009 di Dewan UMNO Pendang. Pengakap Pendang turut mendapat jemputan sebagai ahli gabungan. Tiga orang pemimpin pengakap Pendang iaitu En.Rosli Abdullah,En.Samsul Abdul Rahman dan Encik Lokman Hidayat (gambar) akan mewakili Pengakap Pendang ke majlis tersebut.
Pemilihan mereka adalah atas syarat baru kepimpinan belia iaitu mesti berumur tidak melebihi usia 40 tahun.Selamat bermesyuarat.

Sunday, November 1, 2009

PROGRAM PEK BERCUTI DAERAH PENDANG

Pada 1 hingga 3 November 2009 , seramai 35 ahli pengakap kanak-kanak dan 5 pemimpin pengakap Daerah Pendang terlibat dengan program PEK Bercuti ke Melaka dan Kuala Lumpur.
Program itu akan diketuai oleh Encik Itam Sabu,Penolong Pesuruhjaya Daerah Unit Program dan Latihan.
Di Melaka peserta akan melawat Eyes Of Melaka,Menyusuri Sungai Melaka dan melawat tempat-tempat bersejarah seperti Kota A Farmosa,Bandar Hilir,Muzium Kemerdekaan dan Ayer Keroh. Sementara ketika di Kuala Lumpur peserta berpeluang untuk melawat Menara Kuala Lumpur.

Friday, September 18, 2009

SALAM AIDUL FITRI 1430H


PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAERAH PENDANG INGIN MENGUCAPKAN
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDUL FITRI KEPADA SEMUA AHLI-AHLI PENGAKAP DI DAERAH PENDANG DAN KEPADA SEMUA AHLI PENGAKAP DI MALAYSIA .

MAAF ZAHIR BATIN.

Sunday, September 6, 2009

SEKITAR MAJLIS BERBUKA PUASA PENGAKAP KEDAH




Kelihatan Naib Pengerusi MPIK,Tn Hj Shahabuddin Nordin menyampaikan ucapan alu-aluan. Turut kelihatan,Pesurujaya Pengakap Negeri,Hj Ahmad Abbas dan En.Ridhuan Aini,Pegawai Khas Kokurikulum JPN.
Majlis diadakan di Dewan SK Taman Rakyat,Alor Setar.














Gambar Kiri : Tn.Hj Isa(Bendahari MPIK) , Ahmad Abbas,Hj Shahabuddin,Hj Jamil dan Hj Saad.
Gambar kanan : Sebahagian dari kepimpinan pengakap Kedah yang hadir di majlis tersebut.
Daerah Pendang diwakili oleh En.Abd Samad dan En.Abdullah.

Thursday, September 3, 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA MPIK

Majlis Pengakap Negeri Kedah ( MPIK ) akan mengadakan majlis berbuka puasa pada ketetapan seperti di bawaH:

Tarikh : 4 September 2009 (Jumaat)
Tempat : SK Taman Rakyat,Alor Setar
Masa : Bermula jam 5.00 petang

Pemimpin Pengakap Pendang dijemput hadir. Pakaian biasa.
Harap maklum.

Tuesday, August 4, 2009

ISTIADAT PENGANUGERAHAN SIJIL PENGAKAP RAJA NEGERI KEDAH 2009


Seramai 94 orang ahli pengakap remaja akan dianugerahkan sijil pengakap raja pada istiadat yang akan diadakan di Balai Penghadapan,Istana Anak Bukit pada 13 Ogos 2009. Majlis itu akan disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah.
Kepimpinan Pengakap Pendang dijemput untuk menghadiri acara gilang gemilang itu.Surat jemputan boleh dimuat turun di portal PPD Pendang.
Tahniah.

JAMBORI SEMPADAN MALAYSIA-THAILAND SATUN 2009

Penyertaan pengakap Pendang dan Kedah ke Jambori Sempadan Malaysia-Thailand menghadapi pelbagai rintangan. Ekoran penularan wabak HINI , ramai peserta tidak mendapat kebenaran dari waris untuk menyertai jambori tersebut.Kebimbangan ibubapa semakin kuat apabila wabak itu semakin serius dan sudah mencatatkan 8 kematian ( sehingga 4 Ogos 2009).
Begitu juga peserta dari Daerah Pendang, 3 peserta dalam senarai awal untuk ke sana tidak mendapat keizinan dari waris. Akhirnya,hanya 4 peserta dari daerah Pendang akan menyertai jambori tersebut yang akan berlangsung dari 8 hingga 13 Ogos 2009. Mereka ialah Mohd Nabil Abd Halim (SMKAPD),Nur Safawati Abd Razak (SMKAPD) , Kamariah Md Noor (SMKAPD) dan Suhaila Shafie (SMKTM).
Mereka akan berlepas ke Pusat Kokurikulum Negeri Perlis pada 5 Ogos 2009 untuk menjalani latihan pusat bersama kontinjen negeri Perlis,Pulau Pinang,Perak,Kelantan,Terengganu dan Selangor.Mereka akan memasuki Negara Thailand pada 8 Ogos 2009 dan kembali ke tanah air pada 13 Ogos 2009.
Kita mendoakan semua ahli pengakap kontinjen Kedah akan selamat sepanjang berada di Satun.

Monday, July 27, 2009

PERKHEMAHAN PENGAKAP PUTERI NEGERI KEDAH 2009



Seramai 14 orang ahli pengakap puteri Daerah Pendang akan menyertai Perkhemahan Pengakap Puteri Negeri Kedah yang akan diadakan di Kem Kelana Kanan ,Sg.Lalang,Sg.Petani dari 29 hingga 31 Julai 2009.
Cikgu Rohaya Abd.Kadir (SMK Tanah Merah) akan mengetuai Daerah Pendang ke perkhemahan tersebut.Selamat berkhemah.

LATIHAN PUSAT PESERTA JAMBORI SEMPADAN MALAYSIA-THAILAND 2009


Surat dari Unit Kokurikulum,JPNK dirujuk.

Semua peserta kontinjen Kedah , termasuk 6 orang ahli pengakap Daerah Pendang akan menjalani latihan pusat sebagai persediaan ke Jambori Sempadan Malaysia-Thailand yang akan berlangsung di Pak Bang Scout Camp in La-ngu. District Satun,Thailand.
Latihan pusat akan diadakan mulai 29 hingga 31 Julai 2009 di Kem Kelana Kanan,Sg.Lalang,Sg.Petani.

Lihat surat jemputan rasmi Kementerian Pelajaran Thailand kepada Kementerian Pelajaran Malaysia

Sunday, July 26, 2009

MAJLIS INDABA 2009 PENGAKAP LAUT KUALA KEDAH



Seramai 5 orang pemimpin Pengakap Pendang menghadiri Majlis Malam Indaba 2009 Pengakap Laut Kuala Kedah yang diadakan di Pusat Kokurikulum Daerah Kota Setar pada 25 Julai 2009.Mereka diketuai oleh Pesuruhjaya Pengakap Daerah,En.Abd Samad Abd Hakim dan 4 orang Penolong Pesuruhjaya Daerah iaitu En.Azizan Othman,En.Itam Sabu,En.Azman Ahmad dan En.Abdullah Hassan.
Tetamu utama majlis itu ialah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri,Senator Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom.

Monday, July 20, 2009

JAMBORI SEMPADAN SATUN

Berita terbaru diperolehi dari sumber Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) yang mungkin akan membenarkan penyertaan kontinjen Pengakap Kedah ke jambori tersebut.Sebelum ini,Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengeluarkan larangan kepada semua pelajar untuk menyertai sebarang acara di luar negeri akibat penularan wabak Influenza A HINI.
Berita tersebut kembali menggembirakan peserta kontinjen yang akan ke sana dan latihan pusat bagi semua peserta akan diatur dalam waktu terdekat.
Seramai 5 orang ahli pengakap daerah Pendang terpilih untuk ke Jambori Sempadan Satun yang akan diadakan dari

PENGANUGERAHAN BINTANG 100 TAHUN PENGAKAP MALAYSIA


Pesuruhjaya Pengakap Pendang,Encik Abdul Samad Abdul Hakim dianugerahkan Bintang 100 Tahun Pengakap Malaysia sempena sambutan 100 tahun pergerakan pengakap di Malaysia.Majlis itu berlangsung pada 12 Julai 2009 di Dewan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) semasa Mesyuarat Majlis Pengakap Negeri Kedah (MPNK).Anugerah disampaikan oleh Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kedah,Tn Hj Ahmad Abbas. Seramai 25 ahli pengakap dianugerahkan bintang tersebut.

Monday, July 6, 2009

SEKITAR LAWATAN PEMIMPIN PENGAKAP PENDANG KE TERENGGANU DAN KELANTAN PADA 1 HINGGA 4 JULAI 2009




Bergambar di Taman Tamaddun Islam Terengganu.
















Guru-guru pemimpin pengakap Pendang bergambar kenangan bersama Dato' Nordin,SU MB Terengganu di Restoren Penyu,Kuala Terengganu











Pesuruhjaya Pengakap Pendang,Abd Samad sedang berucap di majlis makan malam tajaan MB Terengganu.













Bergambar bersama Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kelantan di Kem Kijang.

Friday, June 12, 2009

SEKITAR PAMERAN PENGAKAP PENDANG SEMPENA KARNIVAL BANK RAKYAT DI MINI STADIUM PENDANG 12 -13 JUN 2009









Set radio amatur


















Lencana pengakap turut dipamerkan.

















Pameran sejarah pengakap










Dr.Mukhyuddin sedang memberi taklimat kepada pengunjung pameran pengakap.

















Orang kuat pengakap Pendang!














Kelihatan En.Roslan Mansor,Pesuruhjaya Pengakap Kota Setar merangkap Penyelaras Pameran Radio Amatur bersama En.Abdullah Hassan,Dr.Mukhyuddin dan En.Abd.Samad.













Penyerahan sumbangan cek dari Bank Rakyat untuk perbelanjaan pengurusan pameran oleh Dr.Mukhyuddin Sarwani,Pesuruhjaya Antarabangsa,Persekutuan Pengakap Malaysia kepada En.Abd Samad,Pesuruhjaya Pengakap Daerah Pendang.














Unit Radio Amatur turut hadir membuat pameran dan memberi sokongan.













Orang kuat pengakap Pendang (2).













Ahli pengakap Pendang turut mengambil bahagian di acara sukaneka .














Pesuruhjaya Pengakap Pendang bergambar dengan wakil Pengakap Ibu Pejabat.












Kerja-kerja persiapan pameran.













Pemandangan khemah pameran

















Ahli-ahli JPAM turut tertarik dengan bahan pameran.










Ahli pengakap SMKAPD,Yusuf dan Syafiq (SMKTT) bergambar dengan wakil pengakap kelana dari Ibu Pejabat Pengakap Kuala Lumpur,
Dino dan Shahrul.











Sebahagian dari bahan pameran.

Monday, June 1, 2009

Kem Pentarafan Pengakap Raja


SYARAT LULUS UJIAN PENTARAFAN PENGAKAP RAJA
  1. Telah mencapai darjah tertinggi yang diputuskan oleh Lembaga Pentaraf dalam jumlah markah keseluruhan Kem Pentarafan (Dasar markah lulus ialah 70%)
  2. Mempunyai taraf yang tinggi bagi ujian taraf perkhemahan.
  3. Gagal tidak lebih daripada 3 ujian.
  4. Melakukan kesalahan melanggar peraturan kem / disiplin tidak melebihi 5 item.
  5. Memenuhi syarat keperluan barang/ bahan yang tersenarai; sebab terlupa bawa dianggap tidak memenuhi syarat-syarat Lembaga Pentaraf.

Syarat peserta:
Tentukan anda:
1. Telah berdaftar dan menjelaskan yuran keahlian tahunan.
2. Mempunyai pakaian seragam pengakap yang lengkap.
3. Bertubuh badan sihat.
4. Dapat kebenaran daripada pihak-pihak berkenaan.
5. Mempunyai rekod perkhidmatan tidak kurang 24 jam.

Gejet-gejet yang perlu :
  • Dapur pelantar
  • Pintu gerbang
  • Meja makan
  • Pagar
  • Rak barang-barang
  • Papan kenyataan
  • Tiang bendera
  • Penyidai kain
  • Rak kasut
  • Rak alatan
  • 5 gejet tambahan

Bawa bersama alatan dan kelengkapan berikut:
  • Khemah ( Tempat tidur sendiri)
  • Baju hujan
  • Pakaian ibadat dan mandi serta pakaian secukupnya.
  • Peti ubat yang lengkap dengan ubat
  • 3 Pembalut tiga segi ( anduh )
  • Bekalan makanan sepanjang 3 hari
  • Lampu
  • Alatan memasak , kayu api, bahanapi dan lain-lain.
  • Alatan untuk membuat gejet dan tapak seperti parang, kapak, gergaji dll.
  • Alatan tulis menulis : pen, pensel, pensel warna, pemadam dsbnya.
  • Belerang
  • Sediakan kayu tongkat untuk ujian kawat tongkat.
  • Sediakan tali guni atau tali yang sesuai untuk iakatan dan gejet. Tali rafia tidak dibenarkan.
  • Untuk ujian kebudayaan, sediakan pakaian dan muzik sendiri. Pilih salah satu daripada tarian inang, zapin, joget, dan dabus.
  • Sediakan bahan dan alat keperluan untuk masakan backwoods.

Thursday, May 28, 2009

PENGAKAP RAJA


Anugerah Pengakap Raja
Anugerah Pengakap Raja atau lebih dikenali juga sebagai King Scout merupakan Anugerah tertinggi bagi Pengakap Muda dan Pengakap Remaja di Malaysia. Sijil Pengakap Raja ditandatangani oleh DYMM Yang Di-Pertuan Agong Malaysia serta semua sultan di Malaysia.

Anugerah Pengakap Raja ini sama taraf dengan Eagle Scout di Amerika Syarikat, Queen Scout di Australia, New Zealand & England, President Scout di Singapura dan Tiger Scout di Korea.

PENTARAFAN PENGAKAP RAJA NEGERI KEDAH

Tarikh : 20 hingga 22 Jun 2009
Tempat : Kem Pengakap Seri Angkasa,Sg.Lalang,Sg.Petani
Pendafataran : 9.00 pagi (20 Jun 2009)
Tarikh tutup penyerahan borang : 30 Mei 2009
Borang perlu diserahkan melalui Pesuruhjaya Pengakap Daerah Pendang.
Yuran pendaftaran : RM40.00
Pertanyaan,sila hubungi - Pesuruhjaya Daerah atau Encik Azizan Othman - 019 4443676

PROGRAM INTERGRASI BERSAMA PENGAKAP KELANTAN

Pengakap Pendang dengan kerjasama PPM Negeri Kedah akan menganjurkan kunjungan intergrasi ke Kelantan dan akan bertemu dengan kepimpinan Pengakap Kelantan.Usaha sedang dibuat untuk urusan surat menyurat dan permohonan untuk tempat penginapan.
Maklumat lanjut program ini boleh didapati dari Encik Itam Sabu,Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Pendang Unit Program.
Maklumat akan dimuatkan di blog ini.
HARAP MAKLUM
Rujuk hebahan di Portal PPD Pendang

Tuesday, May 26, 2009

Wednesday, May 20, 2009

PERHIMPUNAN 100 TAHUN PENGAKAP MALAYSIA


Sempena sambutan ulangtahun ke-100 Pergerakan Pengakap di Malaysia, satu Perhimpunan Raksaksa Sambutan 100 Tahun Persekutuan Pengakap Malaysia telah diadakan pada 25 April 2009 bertempat di Stadium Negara, Kuala Lumpur.

Perhimpunan yang telah dihadiri oleh lebih 2000 orang ahli Pengakap dari seluruh Malaysia ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tan Sri Muhyiddin bin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Turut hadir di dalam perhimpunan ini adalah Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Presiden Agung Kehormat Persekutuan Pengakap Malaysia dan Yang Berhormat Dato' Ahmad Shabery bin Cheek, Menteri Belia dan Sukan Malaysia.
Pengakap Pendang turut menghantar wakil yang terdiri 12 orang ahli pengakap dari sekolah-sekolah di daerah Pendang.
Keterangan gambar : Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kedah,Tuan Hj Ahmad Abbas (berdiri empt dari kiri) turut hadir

PENGAKAP PENDANG SERTAI JAMBOREE ON THE AIR (JOTA) PENGAKAP MALAYSIA KE-2



Seramai 43 orang ahli pengakap Daerah Pendang telah menyertai Jamboree On The Air (JOTA) Pengakap Malaysia Kali Kedua 2009 yang diadakan di Pusat Kokurikulum Daerah Kota Setar,Kuala Sala baru-baru ini.
Menurut Pesuruhjaya Pengakap Daerah Pendang ,Encik Abdul Samad Abdul Hakim (gambar), ahli pengakap Sekolah Kebangsaan Pokok Asam menjadi kumpulan teramai menghantar peserta iaitu 25 orang.JOTA adalah sebahagian dari aktiviti pengakap yang menggunakan kaedah komunikasi radio amatur untuk berhubung dengan semua ahli pengakap di seluruh negara.
Peserta yang berjaya menghabiskan semua aktiviti akan diberi sijil penyertaan.Turut hadir ialah Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kedah , Tuan Hj Ahmad Abbas.Jumlah penyertaan lebih kurang 500 orang terdiri dari ahli-ahli pengakap seluruh negeri Kedah dan bukan ahli pengakap yang meminati aktiviti radio amatur.

Sunday, May 17, 2009

SEJARAH PENDANG


Nama ‘PENDANG’ dikatakan berasal daripada nama ‘Pendiat’ yang bermakna parit atau lubang yang digali khas untuk menangkap dan menjinakkan gajah.Gajah-gajah yang telah dijinakkan dimandikan di telaga sejarah yang terdapat berhampiran Balai Polis Daerah Pendang. Menurut sejarah, telaga ini adalah telaga asal dan tidak pernah kering walaupun di musim kemarau panjang.Anak-anak gajah dipelihara di sebuah kampung yang bernama Kubang Anak Gajah dan gajah-gajah yang mati pula akan ditanam di satu tempat bernama Kampung Gajah Mati.
Pada zaman tersebut, Pendang adalah tempat pembiakan gajah yang terbesar dan terkenal di Negeri Kedah selain dari Mukim Naga di Daerah Kubang Pasu. Gajah menjadi kenderaan utama pada masa itu terutama sebagai kenderaan darat untuk menghantar ‘ufti’ ( Bunga Emas ) ke Negeri Siam.Pendang merupakan sebuah daerah dalam Negeri Kedah Darul Aman yang diwartakan pada 1 Februari 1975 dan disempadani oleh Daerah Kota Setar di bahagian Utara, Daerah Yan di Barat, Daerah Padang Terap dan Sik di sebelah Timur dan Daerah Kuala Muda di bahagian selatan. Keluasan bagi Daerah Pendang ialah 62,929 hektar atau 629.29 kilometer persegi dan terbahagi kepada lapan mukim iaitu Mukim Tobiar, Mukim Padang Pusing, Mukim Guar Kepayang, Mukim Padang Peliang, Mukim Rambai, Mukim Bukit Raya, Mukim Padang Kerbau dan Mukim Air Puteh.
Sebanyak 27,639 hektar tanah di Daerah Pendang digunakan untuk tanaman getah manakala 18,462 hektar tanah digunakan untuk tanaman padi. Antara tanaman yang semakin pesat diusahakan di Daerah Pendang ialah rambutan, durian, cempedak, mangga, dokong, limau bali, nangka dan manggis. Sektor perniagaan yang terdapat di Daerah Pendang dibahagikan kepada dua kategori iaitu perniagaan formal (barang runcit dan perkhidmatan) dan perniagaan tidak formal (gerai dan penjaja). Aktiviti perniagaan di Daerah Pendang tertumpu pada kawasan penempatan utama seperti Pekan Pendang, Tanah Merah, Tokai, Kubur Panjang, Bukit Jenun, Kilang Kechik, Kokbah dan Kampung Baru.