Thursday, May 28, 2009

PENGAKAP RAJA


Anugerah Pengakap Raja
Anugerah Pengakap Raja atau lebih dikenali juga sebagai King Scout merupakan Anugerah tertinggi bagi Pengakap Muda dan Pengakap Remaja di Malaysia. Sijil Pengakap Raja ditandatangani oleh DYMM Yang Di-Pertuan Agong Malaysia serta semua sultan di Malaysia.

Anugerah Pengakap Raja ini sama taraf dengan Eagle Scout di Amerika Syarikat, Queen Scout di Australia, New Zealand & England, President Scout di Singapura dan Tiger Scout di Korea.

PENTARAFAN PENGAKAP RAJA NEGERI KEDAH

Tarikh : 20 hingga 22 Jun 2009
Tempat : Kem Pengakap Seri Angkasa,Sg.Lalang,Sg.Petani
Pendafataran : 9.00 pagi (20 Jun 2009)
Tarikh tutup penyerahan borang : 30 Mei 2009
Borang perlu diserahkan melalui Pesuruhjaya Pengakap Daerah Pendang.
Yuran pendaftaran : RM40.00
Pertanyaan,sila hubungi - Pesuruhjaya Daerah atau Encik Azizan Othman - 019 4443676

PROGRAM INTERGRASI BERSAMA PENGAKAP KELANTAN

Pengakap Pendang dengan kerjasama PPM Negeri Kedah akan menganjurkan kunjungan intergrasi ke Kelantan dan akan bertemu dengan kepimpinan Pengakap Kelantan.Usaha sedang dibuat untuk urusan surat menyurat dan permohonan untuk tempat penginapan.
Maklumat lanjut program ini boleh didapati dari Encik Itam Sabu,Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Pendang Unit Program.
Maklumat akan dimuatkan di blog ini.
HARAP MAKLUM
Rujuk hebahan di Portal PPD Pendang

Tuesday, May 26, 2009

Wednesday, May 20, 2009

PERHIMPUNAN 100 TAHUN PENGAKAP MALAYSIA


Sempena sambutan ulangtahun ke-100 Pergerakan Pengakap di Malaysia, satu Perhimpunan Raksaksa Sambutan 100 Tahun Persekutuan Pengakap Malaysia telah diadakan pada 25 April 2009 bertempat di Stadium Negara, Kuala Lumpur.

Perhimpunan yang telah dihadiri oleh lebih 2000 orang ahli Pengakap dari seluruh Malaysia ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tan Sri Muhyiddin bin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Turut hadir di dalam perhimpunan ini adalah Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Presiden Agung Kehormat Persekutuan Pengakap Malaysia dan Yang Berhormat Dato' Ahmad Shabery bin Cheek, Menteri Belia dan Sukan Malaysia.
Pengakap Pendang turut menghantar wakil yang terdiri 12 orang ahli pengakap dari sekolah-sekolah di daerah Pendang.
Keterangan gambar : Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kedah,Tuan Hj Ahmad Abbas (berdiri empt dari kiri) turut hadir

PENGAKAP PENDANG SERTAI JAMBOREE ON THE AIR (JOTA) PENGAKAP MALAYSIA KE-2



Seramai 43 orang ahli pengakap Daerah Pendang telah menyertai Jamboree On The Air (JOTA) Pengakap Malaysia Kali Kedua 2009 yang diadakan di Pusat Kokurikulum Daerah Kota Setar,Kuala Sala baru-baru ini.
Menurut Pesuruhjaya Pengakap Daerah Pendang ,Encik Abdul Samad Abdul Hakim (gambar), ahli pengakap Sekolah Kebangsaan Pokok Asam menjadi kumpulan teramai menghantar peserta iaitu 25 orang.JOTA adalah sebahagian dari aktiviti pengakap yang menggunakan kaedah komunikasi radio amatur untuk berhubung dengan semua ahli pengakap di seluruh negara.
Peserta yang berjaya menghabiskan semua aktiviti akan diberi sijil penyertaan.Turut hadir ialah Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kedah , Tuan Hj Ahmad Abbas.Jumlah penyertaan lebih kurang 500 orang terdiri dari ahli-ahli pengakap seluruh negeri Kedah dan bukan ahli pengakap yang meminati aktiviti radio amatur.

Sunday, May 17, 2009

SEJARAH PENDANG


Nama ‘PENDANG’ dikatakan berasal daripada nama ‘Pendiat’ yang bermakna parit atau lubang yang digali khas untuk menangkap dan menjinakkan gajah.Gajah-gajah yang telah dijinakkan dimandikan di telaga sejarah yang terdapat berhampiran Balai Polis Daerah Pendang. Menurut sejarah, telaga ini adalah telaga asal dan tidak pernah kering walaupun di musim kemarau panjang.Anak-anak gajah dipelihara di sebuah kampung yang bernama Kubang Anak Gajah dan gajah-gajah yang mati pula akan ditanam di satu tempat bernama Kampung Gajah Mati.
Pada zaman tersebut, Pendang adalah tempat pembiakan gajah yang terbesar dan terkenal di Negeri Kedah selain dari Mukim Naga di Daerah Kubang Pasu. Gajah menjadi kenderaan utama pada masa itu terutama sebagai kenderaan darat untuk menghantar ‘ufti’ ( Bunga Emas ) ke Negeri Siam.Pendang merupakan sebuah daerah dalam Negeri Kedah Darul Aman yang diwartakan pada 1 Februari 1975 dan disempadani oleh Daerah Kota Setar di bahagian Utara, Daerah Yan di Barat, Daerah Padang Terap dan Sik di sebelah Timur dan Daerah Kuala Muda di bahagian selatan. Keluasan bagi Daerah Pendang ialah 62,929 hektar atau 629.29 kilometer persegi dan terbahagi kepada lapan mukim iaitu Mukim Tobiar, Mukim Padang Pusing, Mukim Guar Kepayang, Mukim Padang Peliang, Mukim Rambai, Mukim Bukit Raya, Mukim Padang Kerbau dan Mukim Air Puteh.
Sebanyak 27,639 hektar tanah di Daerah Pendang digunakan untuk tanaman getah manakala 18,462 hektar tanah digunakan untuk tanaman padi. Antara tanaman yang semakin pesat diusahakan di Daerah Pendang ialah rambutan, durian, cempedak, mangga, dokong, limau bali, nangka dan manggis. Sektor perniagaan yang terdapat di Daerah Pendang dibahagikan kepada dua kategori iaitu perniagaan formal (barang runcit dan perkhidmatan) dan perniagaan tidak formal (gerai dan penjaja). Aktiviti perniagaan di Daerah Pendang tertumpu pada kawasan penempatan utama seperti Pekan Pendang, Tanah Merah, Tokai, Kubur Panjang, Bukit Jenun, Kilang Kechik, Kokbah dan Kampung Baru.