Tuesday, January 4, 2011

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Pendang merakamkan penghargaan dan terima kasih setinggi-tingginya kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung dalam menjayakan aktiviti-aktiviti Pengakap Daerah Pendang dan kepada pihak yang terlibat secara tidak langsung juga diucapkan terima kasih.
Sesungguhnya jasa dan bakti kalian dalam membantu pengurusan Pengakap daerah Pendang amat dipandang tinggi dan dihargai.
Kami masih mengharapkan anda memberi komitmen kepada Pengakap Daerah Pendang bagi Tahun 2011 ini supaya aktiviti yang akan dijalankan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Sesungguhnya kejayaan dalam berpersatuan khususnya dalam Pengakap adalah terletak pada kerjasama dan komitmen ahli-ahlinya.

SALAM TAHUN BARU 2011.

Semoga tahun ini dan tahun-tahun mendatang lebih banyak membawa kebaikan kepada kita semua.

No comments:

Post a Comment