Monday, September 6, 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA PENGAKAP PENDANG


Majlis Pengakap Daerah Pendang dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Pendang telah mengadakan majlis berbuka puasa pada 28 Ogos 2010 yang lalu di Dewan Terbuka,SMK Ayer Puteh Dalam. Seramai 70 orang jemputan telah hadir memenuhi dewan. Jemputan terdiri dari guru-guru pemimpin pengakap Pendang dan AJK Majlis Belia Daerah Pendang.

Pada majlis yang sama,Pengakap Pendang telah menghulurkan sumbangan berbentuk barangan keperluan harian kepada 11 orang ahli pengakap. Mereka hadir bersama keluarga. Pesuruhjaya Pengakap Pendang , Encik Azizan Othman telah menyampaikan sumbangan tersebut.

No comments:

Post a Comment