Sunday, February 28, 2010

TARIKH BARU TAKLIMAT GURU PEMIMPIN PENGAKAP DAERAH PENDANG 2010

Oleh kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan,taklimat guru pemimpin pengakap Daerah Pendang terpaksa ditangguhkan. Namun begitu , tarikh baru untuk taklimat berkenaan ialah pada tarikh seperti di bawah :

Tarikh : 3 Mac 2010 (Rabu)
Tempat : PKG Pendang
Masa : 2.30 petang

Muat turun surat panggilan taklimat DI SINI

Harap maklum.

PESURUHJAYA PENGAKAP PENDANG DIANUGERAHKAN PINGAT JASA KEBAKTIAN KEDAH (P.J.K)


Pesuruhjaya Pengakap Daerah Pendang , En.Abdul Samad Abdul Hakim dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian Negeri Kedah (P.J.K) sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah yang ke-82 . Majlis berlangsung pada 25 Februari 2010 di Istana Anak Bukit.Upacara penganugerahan disempurnakan oleh Tunku Bendahara mewakili Sultan Kedah.

Saturday, February 20, 2010

EKSPEDISI MENDAKI GUNUNG JERAI 2010

Salam Pengakap,

Terbuka kepada Pengakap Remaja Tingkatan 4 Negeri Kedah yang berdaftar dengan Persekutuan Pengakap Malaysia pada tahun ini. Dijangka akan dilaksanakan pada :

Tarikh : 26 hingga 28 Mac 2010 (Jumaat hingga Ahad)
Tempat daftar : 26 hb Mac 2010 (kaki Gunung Jerai)
Jam : 10 pagi

Bayaran Pendaftaran : RM40.00 (termasuk makan dan minum, sewa tapak perkhemahan dan sewa van pengangkutan barang)
Sila bawa surat kebenaran waris semasa mendaftar.
Borang pendaftaran akan disedarkan melalui P/J Daerah dalam masa terdekat bersama dengan surat makluman.

Harap bersedia. Sekian dimaklumkan.

PENDAFATARAN KEAHLIAN PENGAKAP 2010

Sila muat turun :

Borang PPM-1A

Mulai tahun 2010 , Unit Kokurikulum,Jabatan Pelajaran Negeri Kedah telah mengeluarkan arahan supaya semua ahli pengakap sekolah didaftarkan. Pihak JPNK boleh menyemak keahlian pengakap melalui Data SMM yang dihantar oleh sekolah ke PPD seterusnya ke JPNK.
Semua guru pemimpin pengakap perlu bertindak sekarang untuk membuat kutipan Yuran Keahlian sebanyak RM3.00 seorang. Bayaran untuk kumpulan (sekolah) RM10.00. Yuran untuk guru pemimpin RM5.00.
Lengkapkan Borang PPM-1A .
TARIKH AKHIR BORANG PENDAFTARAN PERLU SAMPAI KE URUSETIA PENDAFTARAN PENGAKAP DAERAH IALAH 20 MAC 2010.
Harap maklum.

PERLANTIKAN ENCIK AZIZAN OTHMAN (PENOLONG PESURUHJAYA PENGAKAP DAERAH) SEBAGAI EXCO MAJLIS BELIA NEGERI KEDAH 2010-2011


Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) Negeri Kedah telah mencalonkan Encik Azizan Othman (Penolong Pesuruhjaya Pengakap Pendang) sebagai Ahli Exco Majlis Belia Negeri Kedah bagi sesi 2010-2011 mewakili PPM Kedah. Tahniah dan selamat menjalankan tugas.

Saturday, February 13, 2010

TAKLIMAT GURU PEMIMPIN PENGAKAP DAERAH PENDANG 2010

Tarikh : 24 Februari 2010
Tempat : PKG Pendang
Masa : 2.30 petang
Kehadiran : Seorang guru pemimpin pengakap setiap sekolah
Surat taklimat akan dikeluarkan oleh JPN Kedah (Unit Kokurikulum) yang akan disampaikan melalui PPD Pendang. Surat itu akan dimasukkan di Portal PPD Pendang .
Harap maklum.

MUAT TURUN SURAT PANGGILAN MESYUARAT DI SINI

TAHNIAH-PERLANTIKAN ISMAIL KU ISHAK SEBAGAI KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI KEDAH YANG BARU




Persekutuan Pengakap Daerah Pendang merakamkan ucapan tahniah kepada Saudara Ismail Ku Ishak sebagai Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kedah yang baru menggantikan Tuan Hj Ahmad Abbas.Pengalaman luas Ismail di bidang kepengakapan akan membawa dimensi baru dalam kepimpinan pengakap Negeri Kedah. Tahniah.....

Monday, February 1, 2010

LAGU PENGAKAP MALAYSIA


Dengar lagu Pengakap Malaysia di SINI

PERSETIAAN PENGAKAP


PERSETIAAN PENGAKAP


Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, yang saya, dengan seberapa
daya upaya saya, akan:
Taat kepada tuhan, raja dan negara ;
Menolong orang pada setiap masa ;
Menurut undang-undang pengakap.

Persetiaan ini sentiasa dilafazkan pada setiap istiadat pengakap.
Semasa melafazkannya, ahli Pengakap mestilah berdiri dalam keadaan sedia.
Tangan kanan diangkat separas bahu.Tapak tangan ke hadapan, manakala
ibu jari diletakkan di atas kuku jari kelingking dan
tiga jari tengah diluruskan.


PENGERTIAAN PERSETIAAN PENGAKAP

· Taat kepada Tuhan
Ahli pengakap mestilah beragama dan mematuhi ajaran agama.
Hendaklah sentiasa bersyukur kepada tuhan yang memberikan
rezeki dan kesihatan. Ahli pengakap mestilah yakin kepada diri sendiri
dan sentiasa menunjukkan contoh yang baik.

· Taat kepada Raja
Ahli pengakap hendaklah mentaati dan mematuhi Yang Dipertuan Agong,
Raja-raja dan wakil-wakil raja. Undang-undang negara dan istiadat raja
difahami. Disiplin dan tatatertib mestilah sentiasa diamalkan.

· Taat kepada Negara
Ahli Pengakap hendaklah menghormatu undang-undang negara,
pemimpin-pemimpin dan dasar-dasar kerajaan. Mencegah diri daripada
hal-hal yang boleh memburukkan negara.

· Menolong orang pada setiap masa
Ahli Pengakap mesti jujur dan rela hati berbakti kepada orang yang
memerlukan pertolongan. Pengakap haruslah membantu pihak keselamatan
atau orang ramai ketika berlaku malapetaka, kecemasan atau kemalangan.

· Menurut Undang-undang Pengakap
Ahli pengakap hendaklah mematuhi dan mengamalkan
semua prinsip yangterkandung dalam undang-undang
pengakap.

PENDAFTARAN PENGAKAP TAHUN 2010

Satu taklimat mengenai pendaftaran keahlian pengakap 2010 sedang diusahakan. Semua kumpulan boleh buat kutipan wang pendaftaran dari sekarang. Jumlah masih sama dengan tahun lepas.

Yuran kumpulan - RM10.00
Pengakap Kanak-Kanak/Pengakap Muda/Remaja - RM3.00
Pemimpin - RM5.00

Harap maklum.

JAMBORI DATANG LAGI

JAMBORI BUDAYA INDONESIA / MALAYSIA 2010
TARIKH : 8 JUN HINGGA 12 JUN 2010
TEMPAT : TANAH DATAR, SUMATERA BARAT, INDONESIA
YURAN JAMBORI : RM 300.00 SAHAJA ( MELIPUTI MAKAN BUFFET 3X SEHARI / JAMBORI KIT / LAWATAN/ PENGANGKUTAN DARI LAPANGAN TERBANG MINANGKABAU KE TAPAK JAMBORI DAN KEMBALI )

Tidak termasuk tiket penerbangan. Tiket dalam RM185.00 pergi balik seorang.Airasia dari LCCT ke Padang.

Pemimpin pengakap dan pengakap muda/remaja/kelana Daerah Pendang yang berminat boleh hubungi Pesuruhjaya Pendang atau terus kepada Ketua Kontinjen Malaysia ke sana iaitu
RAHIM HAMID
017-6156880
RUMAH B-P, JALAN HANG JEBAT, KL.