Friday, June 12, 2009
SEKITAR PAMERAN PENGAKAP PENDANG SEMPENA KARNIVAL BANK RAKYAT DI MINI STADIUM PENDANG 12 -13 JUN 2009
Set radio amatur
Lencana pengakap turut dipamerkan.
Pameran sejarah pengakap
Dr.Mukhyuddin sedang memberi taklimat kepada pengunjung pameran pengakap.
Orang kuat pengakap Pendang!
Kelihatan En.Roslan Mansor,Pesuruhjaya Pengakap Kota Setar merangkap Penyelaras Pameran Radio Amatur bersama En.Abdullah Hassan,Dr.Mukhyuddin dan En.Abd.Samad.
Penyerahan sumbangan cek dari Bank Rakyat untuk perbelanjaan pengurusan pameran oleh Dr.Mukhyuddin Sarwani,Pesuruhjaya Antarabangsa,Persekutuan Pengakap Malaysia kepada En.Abd Samad,Pesuruhjaya Pengakap Daerah Pendang.
Unit Radio Amatur turut hadir membuat pameran dan memberi sokongan.
Orang kuat pengakap Pendang (2).
Ahli pengakap Pendang turut mengambil bahagian di acara sukaneka .
Pesuruhjaya Pengakap Pendang bergambar dengan wakil Pengakap Ibu Pejabat.
Kerja-kerja persiapan pameran.
Pemandangan khemah pameran
Ahli-ahli JPAM turut tertarik dengan bahan pameran.
Ahli pengakap SMKAPD,Yusuf dan Syafiq (SMKTT) bergambar dengan wakil pengakap kelana dari Ibu Pejabat Pengakap Kuala Lumpur,
Dino dan Shahrul.
Sebahagian dari bahan pameran.
Monday, June 1, 2009
Kem Pentarafan Pengakap Raja
SYARAT LULUS UJIAN PENTARAFAN PENGAKAP RAJA
- Telah mencapai darjah tertinggi yang diputuskan oleh Lembaga Pentaraf dalam jumlah markah keseluruhan Kem Pentarafan (Dasar markah lulus ialah 70%)
- Mempunyai taraf yang tinggi bagi ujian taraf perkhemahan.
- Gagal tidak lebih daripada 3 ujian.
- Melakukan kesalahan melanggar peraturan kem / disiplin tidak melebihi 5 item.
- Memenuhi syarat keperluan barang/ bahan yang tersenarai; sebab terlupa bawa dianggap tidak memenuhi syarat-syarat Lembaga Pentaraf.
Syarat peserta:
Tentukan anda:
1. Telah berdaftar dan menjelaskan yuran keahlian tahunan.
2. Mempunyai pakaian seragam pengakap yang lengkap.
3. Bertubuh badan sihat.
4. Dapat kebenaran daripada pihak-pihak berkenaan.
5. Mempunyai rekod perkhidmatan tidak kurang 24 jam.
Gejet-gejet yang perlu :
- Dapur pelantar
- Pintu gerbang
- Meja makan
- Pagar
- Rak barang-barang
- Papan kenyataan
- Tiang bendera
- Penyidai kain
- Rak kasut
- Rak alatan
- 5 gejet tambahan
Bawa bersama alatan dan kelengkapan berikut:
- Khemah ( Tempat tidur sendiri)
- Baju hujan
- Pakaian ibadat dan mandi serta pakaian secukupnya.
- Peti ubat yang lengkap dengan ubat
- 3 Pembalut tiga segi ( anduh )
- Bekalan makanan sepanjang 3 hari
- Lampu
- Alatan memasak , kayu api, bahanapi dan lain-lain.
- Alatan untuk membuat gejet dan tapak seperti parang, kapak, gergaji dll.
- Alatan tulis menulis : pen, pensel, pensel warna, pemadam dsbnya.
- Belerang
- Sediakan kayu tongkat untuk ujian kawat tongkat.
- Sediakan tali guni atau tali yang sesuai untuk iakatan dan gejet. Tali rafia tidak dibenarkan.
- Untuk ujian kebudayaan, sediakan pakaian dan muzik sendiri. Pilih salah satu daripada tarian inang, zapin, joget, dan dabus.
- Sediakan bahan dan alat keperluan untuk masakan backwoods.
Subscribe to:
Posts (Atom)