Thursday, July 29, 2010

JAMBORI PENGAKAP NEGERI KEDAH DAN JOTA ASIA PASIFIK 2010

Pohon kerjasama pemimpin kumpulan, sila hantar senarai nama peserta jambori pengakap kedah dengan segera melalui email, pengakappendang@gmail.com bagi melicinkan urusan pentadbiran.
Terima kasih.

Monday, July 19, 2010

JAMBORI SEMPADAN MALAYSIA-THAILAND KALI KE-6 2010



Seramai 9 orang ahli pengakap Pendang akan berlepas ke Satun,Thailand untuk menyertai Jambori Sempadan Malaysia-Thailand 2010 mulai 20 hingga 27 Julai 2010 di Pakbang Scout Camp,Wilayah Langu,Satun,Thailand. Mereka terdiri dari 4 orang dari SMK Ayer Puteh Dalam,4 SMK Pendang dan seorang dari SMK Tanah Merah.

Thursday, July 15, 2010

Aktiviti Sepanjang Jambori Pengakap Kedah 2010

Aktiviti pengkalan yang akan disediakan ialah :
1. Flying Fox
2. JOTA
3. Perkhidmatan/Gotong Royong
4. Sukan Pengakap
5. Pertolongan Cemas
6. Tayangan Filem Aktiviti Pengakap
7. Berhalangan
8. Kraf tangan
9. Permainan Tradisional
10. Permainan Kim
Aktiviti Pertandingan
1. Pertandingan yang akan diadakan ialah :
A. Pengakap Kanak-Kanak
1. Pertandingan Kebudayaan - Nyanyian Solo Lagu Patriotik
2. Pertandingan Tarian Kebudayaan Nasional
3. Pertandingan Kawad
4. Pertandingan Kraftangan
5. Pertandingan Memasak (Mi Segera)
6. Pertandingan Membuat Gadget (Rak Kasut)
7. Pertandingan Mewarna (Terbuka)
8. Pertandingan Menjejak
B. Pengakap Muda/Remaja
1. Pertandingan Nyanyian Solo Lagu Patriotik
2. Pertandingan Tarian Kebudayaan Nasional
3. Pertandingan Kawad
4. Pertandingan Mendirikan Khemah (Jenis A)
5. Pertandingan Memasak – Nasi Beriani
6. Pertandingan Membuat Gadget – Pelantar Dapur
7. Pertandingan Memasak backwoods
8. Pertandingan Menjejak
C. Pertandingan Perkhemahan
1. Taraf Perkhemahan (Kontingen)
2. Pintu Gerbang
3. Projek Pioneering – Menara Kawalan
c

JAMBORI PENGAKAP NEGERI KEDAH DAN JOTA ASIA PASIFIK 2010

TARIKH : 6 - 9 OGOS 2010
TEMPAT : Pusat Perkhemahan Unit Uniform N.Kedah
SK. Padang Chicak, Sik, Kedah.
PENYERTAAN : 40 PKK DAN 40 PM/PR yang berdaftar sahaja.
BAYARAN PENYERTAAN :RM40.00 seorang

Maklumat lanjut akan dimaklumkan dalam mesyuarat pemimpin yang akan diadakan dalam tempoh masa terdekat.

Sunday, June 27, 2010

KAD KEAHLIAN 2010

Kumpulan yang telah mendaftar boleh mendapatkan Kad Keahlian mulai sekarang daripada En Azizan Othman. Sila hubungi 019 592 9190 untuk maklumat lanjut.

Friday, June 11, 2010

SEKITAR KEM PENTARAFAN PENGAKAP RAJA SIRI 1 2010











Daerah Pendang dipilih sebagai tuan rumah Kem Pentarafan Pengakap Raja Siri 1 2010.Program tersebut telah diadakan di Pusat Kokurikulum Daerah Pendang,Sg Tiang dari 9 hingga 11 Jun 2010. Seramai 36 orang peserta terlibat dari dua daerah sahaja iaitu Pendang dan Kota Setar.
Encik Osman Chain bertindak sebagai Ketua Perkhemahan dan dibantu oleh 6 orang pentaraf dan 4 orang penguji.