Thursday, November 12, 2009

MESYUARAT AGUNG MAJLIS BELIA DAERAH PENDANG 2009


Majlis Belia Daerah Pendang (MBDP) akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan pada Jumaat 13 November 2009 di Dewan UMNO Pendang. Pengakap Pendang turut mendapat jemputan sebagai ahli gabungan. Tiga orang pemimpin pengakap Pendang iaitu En.Rosli Abdullah,En.Samsul Abdul Rahman dan Encik Lokman Hidayat (gambar) akan mewakili Pengakap Pendang ke majlis tersebut.
Pemilihan mereka adalah atas syarat baru kepimpinan belia iaitu mesti berumur tidak melebihi usia 40 tahun.Selamat bermesyuarat.

Sunday, November 1, 2009

PROGRAM PEK BERCUTI DAERAH PENDANG

Pada 1 hingga 3 November 2009 , seramai 35 ahli pengakap kanak-kanak dan 5 pemimpin pengakap Daerah Pendang terlibat dengan program PEK Bercuti ke Melaka dan Kuala Lumpur.
Program itu akan diketuai oleh Encik Itam Sabu,Penolong Pesuruhjaya Daerah Unit Program dan Latihan.
Di Melaka peserta akan melawat Eyes Of Melaka,Menyusuri Sungai Melaka dan melawat tempat-tempat bersejarah seperti Kota A Farmosa,Bandar Hilir,Muzium Kemerdekaan dan Ayer Keroh. Sementara ketika di Kuala Lumpur peserta berpeluang untuk melawat Menara Kuala Lumpur.

Friday, September 18, 2009

SALAM AIDUL FITRI 1430H


PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAERAH PENDANG INGIN MENGUCAPKAN
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDUL FITRI KEPADA SEMUA AHLI-AHLI PENGAKAP DI DAERAH PENDANG DAN KEPADA SEMUA AHLI PENGAKAP DI MALAYSIA .

MAAF ZAHIR BATIN.

Sunday, September 6, 2009

SEKITAR MAJLIS BERBUKA PUASA PENGAKAP KEDAH




Kelihatan Naib Pengerusi MPIK,Tn Hj Shahabuddin Nordin menyampaikan ucapan alu-aluan. Turut kelihatan,Pesurujaya Pengakap Negeri,Hj Ahmad Abbas dan En.Ridhuan Aini,Pegawai Khas Kokurikulum JPN.
Majlis diadakan di Dewan SK Taman Rakyat,Alor Setar.














Gambar Kiri : Tn.Hj Isa(Bendahari MPIK) , Ahmad Abbas,Hj Shahabuddin,Hj Jamil dan Hj Saad.
Gambar kanan : Sebahagian dari kepimpinan pengakap Kedah yang hadir di majlis tersebut.
Daerah Pendang diwakili oleh En.Abd Samad dan En.Abdullah.

Thursday, September 3, 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA MPIK

Majlis Pengakap Negeri Kedah ( MPIK ) akan mengadakan majlis berbuka puasa pada ketetapan seperti di bawaH:

Tarikh : 4 September 2009 (Jumaat)
Tempat : SK Taman Rakyat,Alor Setar
Masa : Bermula jam 5.00 petang

Pemimpin Pengakap Pendang dijemput hadir. Pakaian biasa.
Harap maklum.

Tuesday, August 4, 2009

ISTIADAT PENGANUGERAHAN SIJIL PENGAKAP RAJA NEGERI KEDAH 2009


Seramai 94 orang ahli pengakap remaja akan dianugerahkan sijil pengakap raja pada istiadat yang akan diadakan di Balai Penghadapan,Istana Anak Bukit pada 13 Ogos 2009. Majlis itu akan disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah.
Kepimpinan Pengakap Pendang dijemput untuk menghadiri acara gilang gemilang itu.Surat jemputan boleh dimuat turun di portal PPD Pendang.
Tahniah.