Friday, June 14, 2013

JAMBORI PENGAKAP SEMPADAN MALAYSIA-THAILAND 2013

Dua ahli pengakap Daerah Pendang akan menyertai Jambori Pengakap Sempadan Malaysia-Thailand Tahun 2013 yang berlangsung pada 30 Jun hingga 5 Julai 2013 di Scout Camping,Municipal Park,Hat Yai ,Songkhla Province,Thailand.
Mereka ialah Mohd Nasir Johari ( SMK Ayer Puteh Dalam) dan Nor Aqilah ( SMK Pendang). Jambori bertaraf antarabangsa ini merupakan acara tahunan hasil kerjasama antara Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pelajaran Thailand.
Jambori ini akan menghimpunkan 3500 ahli-ahli pengakap dari Malaysia,Thailand,Indonesia,Brunei,Filiphina,Singapura dan Taiwan.
Seramai 320 orang ahli pengakap Malaysia akan menyertai acara tersebut. Jabatan Pelajaran Negeri Kedah dipilih sebagai pengelola bagi edisi yang ke- 9 ini.