Wednesday, September 15, 2010

MAJLIS ANUGERAH SIJIL PENGAKAP RAJA


Tarikh : 29 September 2010 ,8.30 pagi ( Lapor Diri/Raptai )
Tempat : Kompleks Belia Negeri,Jln Stadium,Alor Setar.

Tarikh : 30 September 2010 ( Istiadat Penganugerahan)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Istana Anak Bukit.

Bayaran : RM50.00 seorang


Semua calon yang telah lulus Ujian Pentarafan diminta membuat persediaan untuk hadir ke majlis tersebut. Sila pastikan setiap calon mempunyai uniform yang lengkap, berambut pendek, dan penampilan sesuai sebagai seorang Pengakap Raja.Calon yang tidak memenuhi kriteria tersebut tidak dibenarkan menyertai majlis tersebut.

Waris kepada penerima anugerah juga dipohon kerjasama agar mematuhi garis panduan berpakaian seperti yang dinyatakan melalui surat edaran/kad jemputan. Kegagalan berbuat demikian menyebabkan para waris dilarang memasuki Balai Rong Seri.

Maklumat lanjut, sila email ke pengakappendang@gmail.com

Thursday, September 9, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI



DARIPADA MAJLIS PENGAKAP DAERAH PENDANG
MAJLIS PESURUHJAYA PENGAKAP PENDANG
GURU-GURU PEMIMPIN PENGAKAP
AHLI-AHLI PENGAKAP
Maaf Zahir Batin

Monday, September 6, 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA PENGAKAP PENDANG


Majlis Pengakap Daerah Pendang dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Pendang telah mengadakan majlis berbuka puasa pada 28 Ogos 2010 yang lalu di Dewan Terbuka,SMK Ayer Puteh Dalam. Seramai 70 orang jemputan telah hadir memenuhi dewan. Jemputan terdiri dari guru-guru pemimpin pengakap Pendang dan AJK Majlis Belia Daerah Pendang.

Pada majlis yang sama,Pengakap Pendang telah menghulurkan sumbangan berbentuk barangan keperluan harian kepada 11 orang ahli pengakap. Mereka hadir bersama keluarga. Pesuruhjaya Pengakap Pendang , Encik Azizan Othman telah menyampaikan sumbangan tersebut.

Friday, September 3, 2010

PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP

SEMUA GURU PEMIMPIN , POHON KERJASAMA UNTUK MEMASTIKAN AHLI PENGAKAP MEMAKAI UNIFORM DENGAN TEPAT SEPERTI YANG SEDANG DIGUNAPAKAI OLEH PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA SEKARANG.

SILA LAYARI LAMAN SESAWANG DI BAWAH UNTUK MELIHAT KAEDAH PEMAKAIAN UNIFORM YANG TEPAT :

http://www.scoutkn.org/log/gg/2010/pakai/pakaian.htm

BINTANG DAN PINGAT PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA


Setiap tahun Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) akan menganugerahkan bintang dan pingat PPM kepada ahli pengakap terutamanya kepada barisan kepimpinan pengakap di peringkat negeri dan daerah.

Daerah Pendang juga tidak ketinggalan.Ramai pemimpin pengakap daerah Pendang telah dianugerahkan bintang dan pingat PPM seperti Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara (SKKPN),Pingat Perkhidmatan Baik (PPB),Pingat Perkhidmatan Setia (PPS),Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) dan Pingat Perkhidmatan Lama (PPL).

Untuk melihat senarai lengkap Pingat dan Bintang PPM sila layari :



http://www.scoutkn.org/log/pro/bin.htm