Saturday, August 28, 2010

MAJLIS TILAWAH AL QURAN MAJLIS PENGAKAP KEDAH KALI KE-16 2010



Pengakap Pendang akan menghantar peserta ke Majlis Tilawah Al Quran Majlis Pengakap Negeri Kedah Peringkat Negeri Kali Ke-16 yang akan diadakan pada 1 hingga 3 September 2010 di Pusat Latihan KEDA,Sik . Dua orang ahli pengakap itu akan mewakili daerah bagi kategori Pengakap Muda Remaja (Qari dan Qariah).

Johan qari dan qariah peringkat negeri akan mewakili negeri Kedah ke Tilawah Peringkat Kebangsaan yang diadakan pada 2 dan 3 September 2010 iaitu sebaik sahaja tamat tilawah peringkat negeri.

Perasmian pembukaan akan dilakukan oleh Pengerusi KEDA,Dato' Paduka Ahmad Bashah , sementara majlis penutup akan disempurnakan oleh YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Kol.Dato' Seri Jamil Khir Baharom.

Ahli-ahli pengakap yang mempunyai masa di jemput ke acara tersebut. Majlis akan diserikan lagi dengan beberapa acara selingan seperti persembahan nasyid dari Kolej Universiti Insanniah.

MAJLIS BERBUKA PUASA PENGAKAP PENDANG

Pengakap Pendang akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa pada tarikh seperti di bawah:

Tarikh : 28 Ogos 2010 (Sabtu)
Tempat : Dewan Terbuka,SMK Ayer Puteh Dalam.
Masa : Mulai jam 6.00 petang

Semua guru pemimpin dan ahli pengakap Pendang dijemput.

Tuesday, August 10, 2010

GAMBAR-GAMBAR KONTINJEN PENDANG DI JAMBORI PENGAKAP KEDAH 2010


Pesuruhjaya Pengakap Pendang,Azizan Othman (kanan sekali)
bergambar bersama Pengarah Pelajaran Kedah.Turut bersama
ialah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Kedah,Ismail Ku Ishak (dua
dari kanan),Pesuruhjaya Ibu Pejabat,Abd Samad Abd Hakim dan
Pesuruhjaya Daerah Baling ,Idris Said.

(Lihat facebook Pengakap Pendang untuk banyak lagi foto)


Pengarah Pelajaran Kedah,Tuan Hj Shahidan Abd Rahman sedang beramah mesra dengan kontinjen Pendang.







Tuan Pengarah Pelajaran Kedah tertarik dengan tanda nama yang dipakai oleh Mohd Fakhrul Radzi yang baru balik dari menyertai Jambori Sempadan Malaysia-Thai di Satun,Thailand.







Pengakap SMK Pendang dan seorang pengakap SMKAPD bergambar kenangan.







Team tukang masak bertungkus lumus menyediakan juadah
untuk semua peserta.







Tiga pengakap pendidikan khas bersama guru penasihat Encik Helmi Ahmad di jambori .








Menunggu ketibaan Tuan Pengarah Pelajaran .







Pasukan Kawad Pengakap Pendang sedang mengambil bahagian.
Pendang muncul Naib Johan pertandingan kawad. Pasukan ini
diwakili pengakap SMK Tokai.






Pemandangan kem Pendang di waktu malam








Pengakap Pendidikan Khas SMKAPD sedang mengambil bahagian
di jambori.






SEKITAR JAMBORI PENGAKAP NEGERI KEDAH 2010







Seramai 90 Pengakap Pendang telah menyertai Jambori Pengakap Negeri Kedah Kali Ke-2 dan Jamboree On The Air (JOTA) Asia Pasifik Region di Pusat Perkhemahan Unit Beruniform Negeri Kedah,SK Padang Chicak,Jeneri,Sik.Kontinjen Pendang diketuai oleh Pesuruhjaya Pengakap Pendang,Encik Azizan Othman.

Pendang muncul Johan Pertandingan Menjejak,Naib Johan Pertandingan Kawad Kaki dan tempat ketiga pertandingan Masakan Rimba (Backwoods). Semua peserta menerima Sijil Pemenang,Sijil Penyertaan dan Sijil JOTA.

Pengarah Pelajaran Negeri Kedah, Shahidan Abd Rahman telah melapangkan masa untuk melawat kem Pendang bersama Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kedah,Ismail Ku Ishak dan tetamu-tetamu utama yang lain.