Saturday, May 15, 2010

LOGO JAMBORI BUDAYA SERUMPUN MALAYSIA-INDONESIA 2010


JAMBORI 1 MALAYSIA 1 BELIA




Seramai 81 orang ahli pengakap dan 8 orang pemimpin Pengakap Daerah Pendang menyertai Jambori 1 Malaysia 1 Belia sempena Sambutan Hari Belia Peringkat Kebangsaan di Putrajaya mulai 14 hingga 16 Mei 2010. Kontinjen Pendang di ketuai oleh , Penolong Pesuruhjaya Daerah (Pentadbiran),Encik Azizan Othman.


Kontinjen berlepas dengan menggunakan dua buah bas sewa khas dari SMK Pendang.


Tuesday, May 11, 2010

ATURCARA JAMBORI 1MALAYSIA 1BELIA 2010







TAHNIAH PENGAKAP PENDANG

Sekalung tahniah kepada ahli pengakap Pendang yang menyertai lawatan sehari ke ~Rover Moot' Antarabangsa 2010 yang diadakan di Pantai Merdeka pada 10 Mei 2010 yang lalu. Peserta Pendang mencecah hampir 400 orang yang diiringi oleh 12 guru pemimpin yang diketuai oleh Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah , Encik Azizan Othman.
Pengakap Pendang semakin aktif menyertai pelbagai aktiviti samada di peringkat daerah,negeri ataupun peringkat kebangsaan.

JAMBOREE ON THE AIR (JOTA) 2010

AHLI PENGAKAP DAERAH PENDANG DIJEMPUT UNTUK MENYERTAI JAMBOREE ON THE AIR (JOTA) 2010 YANG AKAN DIADAKAN PADA TARIKH SEPERTI DI BAWAH:

TARIKH : 15 MEI 2010
TEMPAT: PUSAT KOKURIKULUM DAERAH KOTA SETAR,KUALA SALA
MASA : 8.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG
YURAN PENDAFTARAN : RM5.00

PESERTA YANG BERJAYA MENGHABISKAN AKTIVITI YANG DISEDIAKAN AKAN DIBERI SIJIL PENYERTAAN.
URUSAN PENYERTAAN ADALAH DIBAWAH SEKOLAH ATAU KUMPULAN MASING-MASING.

MUAT TURUN SURAT DAN BORANG PENYERTAAN: PORTAL PENDIDIKAN PPD PENDANG.

Sunday, May 9, 2010

PENDANG HANTAR 360 AHLI KE `ROVER MOOT' ANTARABANGSA 2010



Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Pendang akan menghantar seramai 360 ahli ke `Rover Moot' Antarabangsa 2010 di Pantai Merdeka pada 10 Mei 2010. Program lawatan sehari itu adalah sebagai tanda sokongan kuat terhadap program berkenaan.
Pesuruhjaya Pengakap Pendang,Abd Samad Abd Hakim,berkata, lapan buah bas akan membawa ahli pengakap ke acara itu dengan 21 orang guru pemimpin. Ahli pengakap akan berada selama sehari suntuk untuk mengikuti pelbagai acara yang diadakan.